Resepi @ Halaqah

Sambal Daging Cincang June 1, 2009

Filed under: Aneka menu berasaskan Daging — halaqahdotnet @ 7:50 am

Sambal Daging Cincang

Sambal Daging Cincang

Sambal Daging Cincang

Bahan:

  • 150 g daging lembu cincang
  • 5 sudu minyak sayur
  • 1 helai daun salam
  • 1 biji tomato dicincang
  • 20 mata petai, kupas, dihiris 2
  • 150 ml air

Bahan yang perlu dikisar sehingga halus:

  • 200 g cabai merah, buang bijinya, kukus sampai lembut
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 g gula merah
  • 1 sudu teh garam

Cara membuat:

  1. Masak daging cincang sampai air daging kering.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar dan daun salam sehingga harum dan masak.
  3. Masukkan tomato, daging, petai, dan air.
  4. Masak sampai daging empuk, kuahnya pekat dan berminyak.
 

SINGGANG DAGING

Filed under: Aneka menu berasaskan Daging — halaqahdotnet @ 7:32 am

SINGGANG DAGING

SINGGANG DAGING

SINGGANG DAGING

Bahan

  • 600 g daging lembu
  • 2 keping asam keping
  • 2 ulas bawang putih } dihiris
  • 1 sudu kecil ketumbar } ditumbuk kasar
  • 1 sudu kecil jintan manis } ditumbuk kasar
  • 2 cm lengkuas } dihiris atau diketuk
  • garam secukup rasa
  • cili api } dibelah 2 – jika suka
  • air secukupnya

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan diatas serta air secukupnya
  2. Apabila mendidih masukkan daging reneh sehingga empuk.
  3. Rasakan garam secukupnya
  4. Sebelum diangkat masukkan cili api
  5. Sedia utk dihidangkan
 

BEEFSTEAK

Filed under: Aneka menu berasaskan Daging — halaqahdotnet @ 5:13 am

BEEFSTEAK

BEEFSTEAK

BEEFSTEAK

Bahan:

  • 500 gm daging steak/tenderloin[bersihkan]
  • 1 s/b kicap pekat
  • 1 s/k madu/gula
  • 1 s/b sos plum

Bahan yang perlu dikisar :

  • 1 s/k lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia

SOS LADA HITAM

Bahan:

  • 1 s/b lada hitam
  • 1 s/b tepung jagung  ]
  • 1 cawan air               ] bancuhkan
  • 1 s/b sos tomato
  • 1 s/b kicap pekat

Cara membuat:

  1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
  2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
  3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
  4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
  5. Angkat daging dan sediakan sos

SAYURAN

  • Salad
  • tomato
  • kentang goreng
  • baked beans

Cara membuat:

  1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
  2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
  3. Bila mendidih, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.


Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.

 

SATAY DAGING

Filed under: Aneka menu berasaskan Daging — halaqahdotnet @ 5:03 am

SATAY DAGING

SATAY DAGING

SATAY DAGING

Bahan yang perlu dikisar :

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji buah keras
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 4 cm halia
  • 2 batang serai
  • 4 cm lengkuas
  • 1 sudu besar ketumbar   } disangai
  • 1 sudu kecil jintan manis } disangai
  • 1 sudu kecil jintan putih  } disangai

Bahan satay :

  • 1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar minyak masak
  • lidi sate
  • minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Cara membuat:

  1. Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
  2. Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
  3. Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
  4. Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.


Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk  mengelakkan  lidi hangus bila satay dibakar

 

ROTI JOHN

Filed under: Aneka menu berasaskan Daging — halaqahdotnet @ 4:02 am

Bahan:

ROTI JOHN

ROTI JOHN

  • 200gm daging cincang
  • 3 biji roti perancis yang kecil
  • 6 biji telur
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang cili merah dihiris
  • sedikit serbuk lada hitam dan garam

Sosnya:

  • 15 tangkai lada kering kisar
  • 5 sudu makan tomato sos
  • sedikit cuka, air dan sedikit gula dan garam
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak hingga mendidih

Cara membuat:

  1. Daging cincang disangai dengan sedikit rempah sop.
  2. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.
  3. Masukkan daging, bawang besar dan hirisan cili merah.
  4. Roti dibelah dua dan letakkan adunan telur diatas roti dan masak di kuali yang telah dilengseri dengan sedikit minyak masak.
  5. Balik-balik kan. Setelah masak, hidangkan bersama hirisan timun,tomato dan daun salad
 

DAGING CILI API BERKICAP

Filed under: Aneka menu berasaskan Daging — halaqahdotnet @ 3:36 am

DAGING CILI API BERKICAP

Bahan:

DAGING CILI API BERKICAP

DAGING CILI API BERKICAP

  • Daging – 1/2kg
  • Cili padi – 15 ulas
  • Bawang besar – 3 biji
  • Halia – 1/2 inci
  • Sos Tiram – 2 sudu besar
  • Kicap – 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit(jika suka)
  • Cili merah potong menyerong
  • Limau kasturi 2 biji (jusnya)

Cara membuat:

Daging di potong nipis, gaulkan dengan kicap . Rebus bersama hirisan bawang besar hingga daging empuk.Biarkan kering dan pada peringkat ini daging jadi kehitaman.Ketepikan.Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar.Tumis bahan (2) di atas hingga garingKemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturiAkhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan bolehlah dihidangkan.

 

DAGING GORENG MASAM MANIS

Filed under: Aneka menu berasaskan Daging — halaqahdotnet @ 3:29 am

Bahan:

  • 1 kilo daging lembu (dipotong nipis)

    DAGING GORENG MASAM MANIS

    DAGING GORENG MASAM MANIS

  • 10 ulas bawang merah (dimayang nipis)
  • kicap pekat
  • minyak masak
  • 1 biji limau nipis
  • gula
  • garam
  • kunyit

Cara membuat:

  1. Daging tersebut dicampur bersama garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat daging tersebut.
  2. Gorengkan bawang merah yang dimayang sampai kekuningan.
  3. Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
  4. Masukkan kicap pekat, gula, garam dan satu biji limau nipis secukup rasa
  5. Kacau sehingga sebati
  6. Setelah itu bolehlah dihidangkan
 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.